Tuesday, 26 July 2016

Objektif Inovasi



Objektif Inovasi

Mengkaji teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pelajar bagi memudahkan pelajar/guru mencapai objektif pembelajaran.
Menyediakan bahan yang sesuai bagi menangani masalah pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke 21.
Meningkatkan keseronokan belajar dari cara konvensional kepada teknik baru.

Membantu pelajar menguasai pemikiran kreatif dan kritis melalui penggunaan peta pemikiran.
Menyemai budaya pembelajaran berpusatkan pelajar dan guru sebagai pembimbing.

Menggalakkan pelajar belajar secara berkumpulan untuk meningkatkan kemahiran bersosial.

Menggalakkan penglibatan ibubapa dan keluarga dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Kumpulan Sasaran

Kit yang mengandungi tajuk bagi sukatan mata pelajaran Sains Tingkatan 1, 2 dan 3 ini sesuai digunakan untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan PT3 terutama pelajar lemah dan sederhana. 

Bagi pelajar cemerlang, kit ini juga mampu menghilangkan kebosanan belajar dan dapat menghilangkan stress melalui aktiviti berkumpulan dari permainan menggunakan kit ini.

No comments:

Post a Comment