Tuesday, 26 July 2016

Objektif Inovasi



Objektif Inovasi

Mengkaji teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pelajar bagi memudahkan pelajar/guru mencapai objektif pembelajaran.
Menyediakan bahan yang sesuai bagi menangani masalah pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke 21.
Meningkatkan keseronokan belajar dari cara konvensional kepada teknik baru.

Membantu pelajar menguasai pemikiran kreatif dan kritis melalui penggunaan peta pemikiran.
Menyemai budaya pembelajaran berpusatkan pelajar dan guru sebagai pembimbing.

Menggalakkan pelajar belajar secara berkumpulan untuk meningkatkan kemahiran bersosial.

Menggalakkan penglibatan ibubapa dan keluarga dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Kumpulan Sasaran

Kit yang mengandungi tajuk bagi sukatan mata pelajaran Sains Tingkatan 1, 2 dan 3 ini sesuai digunakan untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan PT3 terutama pelajar lemah dan sederhana. 

Bagi pelajar cemerlang, kit ini juga mampu menghilangkan kebosanan belajar dan dapat menghilangkan stress melalui aktiviti berkumpulan dari permainan menggunakan kit ini.

Bahan Inovasi Memenangi Pingat Emas Pertandingan Guru Inovasi Negeri Perak 2016

Satu Pertandingan Guru Inovasi (Innovative Teacher Competition) Peringkat Negeri Perak 2016 telah diadakan seperti berikut :

            Tarikh : 7 Mei 2016
            Tempat : Aeon Taiping

Alhamdulillah, bahan kami bertajuk Biodiversiti Kit telah berjaya memenangi Pingat Emas.

Bahan yang menyertai pertandingan guru inovasi.










Iklan Produk


Klik untuk besarkan

Klik untuk besarkan
Klik untuk besarkan

Pengenalan

       Multi PdP Kit adalah satu teknik Pengajaran dan Pembelajaran yang mampu mewujudkan suasana PdP yang kondusif serta mengambilkira keperluan pelajar di mana pelajar dapat belajar dan melakukan aktiviti dalam keadaan yang menyeronokkan, tanpa paksaan atau tekanan, di samping dapat menjanakan kemahiran berfikir, dan dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar.
   
     Kit yang dibangunkan ini direkabentuk menggunakan Peta Minda iaitu Peta Pemikiran Ithink. Antara matlamat penggunaan Peta Pemikiran ini adalah bagi menyediakan bahan alat bantu mengajar dari sumber yang telah diiktiraf penggunaannya yang mampu melahirkan pelajar yang memiliki kemahiran kreatif dan kritis, selari dengan kehendak dasar pendidikan Negara.
 
      Bagi menghasilkan kaedah Pembelajaran dan Pengajaran yang lebih menarik, aplikasi permainan kad digabungkan bersama peta pemikiran. Menggunakan peraturan serta prosedur yang telah ditetapkan, penggunaan Kit ini lebih menarik dan   menyeronokkan untuk diguna.

Selamat Datang