Tuesday, 26 July 2016

Pengenalan

       Multi PdP Kit adalah satu teknik Pengajaran dan Pembelajaran yang mampu mewujudkan suasana PdP yang kondusif serta mengambilkira keperluan pelajar di mana pelajar dapat belajar dan melakukan aktiviti dalam keadaan yang menyeronokkan, tanpa paksaan atau tekanan, di samping dapat menjanakan kemahiran berfikir, dan dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar.
   
     Kit yang dibangunkan ini direkabentuk menggunakan Peta Minda iaitu Peta Pemikiran Ithink. Antara matlamat penggunaan Peta Pemikiran ini adalah bagi menyediakan bahan alat bantu mengajar dari sumber yang telah diiktiraf penggunaannya yang mampu melahirkan pelajar yang memiliki kemahiran kreatif dan kritis, selari dengan kehendak dasar pendidikan Negara.
 
      Bagi menghasilkan kaedah Pembelajaran dan Pengajaran yang lebih menarik, aplikasi permainan kad digabungkan bersama peta pemikiran. Menggunakan peraturan serta prosedur yang telah ditetapkan, penggunaan Kit ini lebih menarik dan   menyeronokkan untuk diguna.

No comments:

Post a Comment