Alhamdulillah, setelah menjalani proses penambahbaikkan serta RnD. Produk Multipdpkit kini telah pun siap sebanyak 6 tajuk. 5 tajuk Multipdpkit Edisi Pertama (klik untuk ke link) merangkumi tajuk-tajuk bagi sukatan mata pelajaran Sains tingkatan 1 - 3, manakala 1 tajuk lagi (Tajuk Radas Makmal) baru siap direkabentuk dan dalam proses persediaan untuk cetakan.
Ringkasan mengenai Produk Multipdpkit
Multipdpkit adalah suatu produk inovasi pendidikan yang telah mendapat anugerah Pingat Emas dalam Pertandingan Guru Inovasi (Innovative Teacher Competition) Peringkat Negeri Perak 2016 Link (klik).
Multipdpkit adalah suatu produk alat bantu mengajar (ABM) yang menggabungkan elemen permainan kad dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Kumpulan Sasaran
Kit yang mengandungi tajuk bagi sukatan mata pelajaran Sains Tingkatan 1, 2 dan 3 ini sesuai digunakan
untuk pelajar yang akan mengambil
peperiksaan PT3 terutama pelajar lemah dan sederhana.
Bagi pelajar cemerlang,
kit ini juga mampu menghilangkan kebosanan belajar dan dapat menghilangkan
stress melalui aktiviti berkumpulan dari permainan menggunakan kit ini.
Objektif Inovasi (Klik untuk ke link)
Target pemasaran Produk Multipdpkit
Produk Multipdpkit telah siap sedia untuk promosi ke sekolah-sekolah seluruh negara.
Penggunaan Produk MultipdpKit :
1. Digunakan dalam bilik darjah semasa PdP
2. Digunakan sebagai bahan semasa cikgu tiada dalam kelas atas urusan lain.
3. Digunakan di perpustakaan sebagai bahan tarikan kepada pelajar untuk mengunjungi perpustakaan.
4. Boleh digunakan di rumah sebagai permainan santai bersama keluarga.
Agen pemasaran diperlukan di seluruh negara untuk mempromosikan dan memasarkan produk.
Hubungi segera Cikgu Syahir untuk perbincangan lanjut :
Salam cikgu..berapa harga kit ni ye..
ReplyDelete